Friday, 30 November 2012

Format Ucapan

           Struktur teks ucapan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

     
          PERMULAAN UCAPAN
  • Ucapan dimulakan dengan rasa bersyukur kepada Allah.
          Diikuti dengan rasa kata hormat dan salutasi mengikut protokol.
  • Pengucap boleh menyatakan rasa terima kasih dan penghargaan
          kepada pihak penganjur kerana menjemputnya memberikan

         ucapan atau mengadakan majlis tersebut bagi meraikannya.
  • Susunan kata-kata aluan hendaklah menggunakan panggilan
          hormat yang betul mengikut taraf tetamu atau pangkat.
  • Bermula dengann gelaran nama dan jawatan atau pangkat
         daripada yang tertinggi hingga ysng terendah.


          ISI UCAPAN
  • Isi ucapan bergantung pada sesuatu majlis itu.
  • Isi ucapan hendaklah bersesuaian dengan majlis. Contohnya:
          ucapan bagi penganjur majlis perpisahan hendaklah menyebut

          tujuan serta objektif majlis itu diadakan.
  • Beliau boleh mengimbas kisah-kisah menarik sepanjang tempoh
          perkhidmatannya.
  • Beliau juga perlu memberi puji-pujian atas penglibatan dan
          usaha-usaha yang telah diberikan oleh individu tertentu.
  • Selain itu, pengucap wajar menyatakan kejahatan yang telah
         dicapai oleh individu tersebut sepanjang tempoh perkhidmatannya.
  • Penerangan yang dinyatakan perlu tepat dan perlu disertai dengan
          tarikh bagi memudahkan hadirin membuat perkaitan dengan

          individu yang dimaksudkan.


           PENUTUP UCAPAN
  • Penutup ucapan biasanya akan merumuskan keseluruhan tujuan
          ucapan.
  • Sesuatu kenyataan yang hendak diingati biasanya diucapkan pada
          akhir ucapan.
  • Dalam ucapan umum, ayat penanda yang biasa digunakan ialah
          `akhir kata izinkan saya....' , `akhir sekali saya...' , dan `saya

           akhiri ucapan...' .
  • Ucapan perlu diakhiri dengan penyudah bicara seperti `sekian terima
          kasih', atau `wassalam'.





No comments:

Post a Comment